PERMAINAN MENGUJI MINDA ANAK-ANAK

PERMAINAN MENGUJI MINDA ANAK-ANAK

Write By: yatiberjaya Published In: Pendidikan Awal Kanak Kanak Created Date: 2017-02-07 Hits: 366 Comment: 0

Selalu kita melihat anak-anak kecil kita berminat dengan perkara yang mereka jumpa dalam aktiviti harian mereka. Ketekunan dan fokus yang diberikan untuk mencuba perkara baru itu, menjadikan mereka lebih kreatif dan berimaginasi.

Bagi keluarga yang mempunyai komputer yang boleh mengakses internet, salah satu permainan yang menguji kreativiti anak-anak (orang dewasa pun sama kengkadang) adalah Minecraft. Permainan blok yang seakan-akan permainan LEGO® yang mencabar imaginasi bagi menghasilkan ‘dunia idaman’ setiap individu yang bermain.

Bagi yang kurang mendedahkan anak-anak kepada permainan komputer, salah satu permainan yang murah dan mudah adalah permainan pasir ajaib (Magic Sand).


Permainan ini mengandungi pelbagai bentuk acuan bagi anak-anak menghasilkan pelbagai objek atau blok objek. Dari bentuk-bentuk tersebut, minda anak-anak akan berkembang sesuai dengan tahap pemikiran atau kreativiti anak untuk menghasilkan objek yang lebih kompleks.


Gambar hiasan

 

Permainan ini juga boleh meningkatkan interaksi bersama rakan-rakan lain jika main bersama. Seperti pepatah yang selalu digunakan semasa saya dalam jabatan kejuruteraan di sebuah kilang elektronik, “two brains are better than one”. Dengan bermain bersama-sama rakan, akan bertambah idea bagi menghasilkan bentuk yang lebih kompleks.

Kelebihan magic sand ini bukan hanya untuk anak-anak. Ibu bapa juga boleh mendapatkan manfaatnya kerana ia akan memberikan ibubapa cara bersenam yang mudah. Bersenam kerana menbersihkan magic sand yang bertaburan di atas lantai… hehehe…..

Tags: pelajaran membaca magicsand

Related Blogs By Tags

Leave A Comment


Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/mesramar/public_html/catalog/view/theme/pav_styleshop/template/common/block-cols.tpl on line 10