SISTEM NAVIGASI GLOBAL - GPS

Write By: miezarnd Published In: Peralatan Navigasi Created Date: 2017-01-06 Hits: 329 Comment: 0

Aktiviti ‘Tracklogging’ bagi tahun 2016 untuk menjadikan peta Malaysia lebih lengkap dan tepat.

Dalam zaman yang perlukan maklumat di hujung jari serta mempercepatkan pergerakan setiap pemandu, peralatan navigasi (GPS – Global Positioning System) adalah sesuatu yang sangat penting. Peralatan ini, bukan sahaja memudahkan pemandu mencari lokasi ke tempat yang diinginkan tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran masa serta menjimatkan penggunaan minyak.


Di Malaysia, ada beberapa jenis GPS yang popular iaitu “Offline” dan “Online” GPS.

1. Offline GPS – Menggunakan 100% signal dari Satellit yang mengelilingi orbit bumi. Masa untuk mendapatkan kedudukan (TTF – Time To Fix) unit GPS secara purata ialah ± 30 saat. Peta GPS dimasukkan ke dalam unit GPS secara manual samada menggunakan komputer atau Wifi. Sistem ini tidak memerlukan rangkaian telefon untuk beroperasi serta mempunyai ketepatan yang tinggi (Cuma tidak setanding sistem GPS tentera atau kapal terbang). Sistem navigasi yang terkenal di Malaysia ialah Garmin dan Papago

Penyedia peta bagi sistem navigasi di Malaysia adalah Malsingmaps dan Malfreemaps


2. Online GPS – Menggunakan rangkaian telefon/Wifi, GPS dari satellit dan juga lokasi satellit dalam bentuk fail (A-GPS – Assisted Global Positioning System). Masa untuk mendapatkan kedudukan (TTF) unit GPS secara puratanya ialah ± 15 saat. Peta dimasukkan ke dalam GPS melalu data rangkaian telefon atau Wifi. Sistem ini juga ada laporan trafik secara langsung (Live traffic Updates) yang dikumpul oleh server sistem GPS tersebut melalu data pengguna (Crowd-sourcing). Sistem navigasi yang paling popular di Malaysia ialah Waze dan Google Map.


Di bawah ini, kami tunjukkan kepada anda tentang aktiviti ‘tracklogging’ sepanjang 2016 (bagi Semenanjung Malaysia). Kami banyak tracklog di kawasan-kawasan yang tidak dapat mendapat liputan rangkaian telefon kerana kami menggunakan Offline GPS (Garmin Montana 650 + GA 25MCX Remote GPS Antenna) bagi kereta atau Garmin GPSmap 62s semasa menggunakan motosikal.

 

* Tracklog kami adalah garisan yang berwarna merah.


Bagi tahun 2017, kami akan memberi keutamaan bagi kawasan Borneo (Sabah, Sarawak & Brunei) terutama di kawasan pedalaman. Ini adalah kerana, ramai pengguna GPS di sana menggunakan offline system GPS.


Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/mesramar/public_html/catalog/view/theme/pav_styleshop/template/common/block-cols.tpl on line 10