PERMAINAN YANG KITA PATUT TAHU JIKA MAHU ANAK KITA BIJAK DAN AKTIF

PERMAINAN YANG KITA PATUT TAHU JIKA MAHU ANAK KITA BIJAK DAN AKTIF

Write By: yatiberjaya Published In: Pendidikan Awal Kanak Kanak Created Date: 2016-03-17 Hits: 801 Comment: 0

MENGAPA PENTINGNYA PERMAINAN UNTUK ANAK ANAK ??

Bagi ibubapa yang pernah menghantar anak untuk buat penilaian dengan Pakar Psikologi Anak Anak mereka akan tahu betapa banyak AKTIVITI  yang boleh dilakukan BERSAMA dengan  ANAK ANAK untuk merangsang fizikal dan minda anak anak.

MENGAPA PENTINGNYA PERMAINAN UNTUK ANAK ANAK ??

Bagi ibubapa yang pernah menghantar anak untuk buat penilaian dengan Pakar Psikologi Anak Anak mereka akan tahu betapa banyak AKTIVITI  yang boleh dilakukan BERSAMA dengan  ANAK ANAK untuk merangsang fizikal dan minda anak anak.

Alat permainan penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf khususnya anak anak yang baru lahir sehingga enam tahun.

Jadi apabila membuat sesuatu aktiviti atau bermain, pastikan ibubapa mengambil berat faktor seperti berikut

1)fokus,

2)pergerakan,

3)penyelesaian masalah dan

4)kebolehan mengingat

menjadi ukuran utama sewaktu membeli sebarang alat permainan untuk anak anak

Aktiviti seperti mengenal dan mengasingkan barang mengikut warna, saiz, bentuk, dan juga Aktiviti melibatkan pergerakan tangan dan kaki secara terperinci seperti tarik, tolak, picit, genggam, cubit, tekan, pijak dan sebagainya.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga fasa.

Fasa Pertama : Satu setengah sehingga 3 tahun

Pada usia ini mereka mula mengenali sisi sebenar dunia menerusi lima deria mereka, bau, sentuhan, rasa, dengar dan lihat. Beliau menyarankan supaya anak-anak ini diperkenalkan dengan permainan yang merangsang deria, berwarna-warni, bertekstur, bersaiz besar agar selamat dan sentiasa dipantau ibu bapa. Pada ketika ini, Mariani mengakui kanak-kanak perlu didedah dengan permainan yang melatih fungsi perkembangan mental dan fizikal.

Antaranya ialah alat permainan yang berbunyi apabila ditekan, berjalan apabila diputar dan sebagainya. Agen perangsang ini menjadikan kanak-kanak itu boleh berfikir sekali gus meningkatkan skil motor mereka.

Fasa kedua ialah usia empat hingga enam tahun.

Pada masa ini, mereka akan masuk alam fantasi. Ini dinamakan peringkat praoperasi iaitu mereka boleh mewakili sesuatu secara simbolik.

“Sebagai contoh, permainan blok seperti Lego, bongkah kayu, replika bilik dapur dan sebagainya.

Pada waktu ini juga kanak-kanak dilihat meniru apa sahaja yang dilakukan oleh orang dewasa. Sebagai melatih mereka dan menunjukkan dunia dewasa, permainan seperti ini juga sama penting didedahkan,” kata Mariani.

Fasa ketiga : sekitar umur 7 Tahun

Kepada kanak-kanak yang lebih matang iaitu sekitar usia tujuh tahun pula,mereka lebih cenderung kepada alat permainan dengan karakter kartun seperti Ultraman, Superman, Spiderman dan sebagainya.


PERMAINAN JENIS RING TOWER / TOWER BLOCKS / CUP TOWER.

 

permainanbayi12

 

Bayi dalam gambar ini sedang bermain permainan FISHER-PRICE ROCK-A-STACK.

Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah bagus.

Cuma susun yang besar dibawah, dan yang kecil di atas.

Tujuan utamanya Supaya bayi boleh mengenal saiz mengikut turutan yang betul.

Selain daripada itue, untuk belajar menyusun mengikut saiz yang betul, anak yang berusia 3 tahun juga boleh mencuba permainan STACKUP RING yang anda boleh dapatkan pada harga RM16 sahaja


stackup-ring-800px copy-850x850

Dari aktiviti ini, anak anak boleh mengenal pasti saiz dan belajar bagaimana nak buat  tower yang seimbang.

Ada banyak cara anak anak kita boleh belajar buat “TOWER” atau buat menara.

Boleh jugak guna CAWAN PLASTIK

Konsepnya : Besar dibawah, kecil di atas

Suruh anak susun macam menara

 

party-cup-tower-015-md110117_vert

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Permainan  Jenis “Colour Sorting”

Untuk permainan jenis ini, boleh gunakan apa sahaja benda yang berwarna dan minta anak asingkan mengikut warna

Ada banyak bahan yang boleh digunakan.

Paling mudah, guna Batang Aiskrim

Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata anak-anak jugak.

 

Permainan Jenis “Shape Sorting “

Ada banyak jenis permainan untuk “Shape Sorting “.

Antara yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah

BRILLIANT BASICS BABY’S FIRST BLOCKS.

Tengok gambar dibawah

permainanbayi8

permainanbayi9

 



Jika anak anak anda sudah berusia 3 tahun dan ke atas, kami cadangkan anak anak bermain dengan Blok kayu yang juga boleh berfungsi sebagai Shape Sorter dan anak anak boleh membuat pelbagai binaan.

Ini jenis permainan yang kami cadangkan ialah 100PCS WOODEN BLOCKS WITH PUZZLE

woodenblock

Kenapa nak pilih jenis permainan Building Block ?

Kelebihan Blok jenis ini ialah boleh main lebih lama dan tak bosan dengan satu aktiviti sahaja.
Selain boleh rangsang otak dalam mengenal pasti shapes,
benda ni jugak boleh enhance kreativiti anak dalam construct castle dan susun domino.
Oh selain tu, korang jugak boleh suruh anak sort colours menggunakan wooden blocks ni.
Kan dia ada banyak warna tu. Sangat beronok-ronok bukan? bentuk pun ada macam macam kan ?

Permainan Melukis Bersama Anak


Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh,
ataupon nampak macam tak best sebab parents tak pandai lukis,
sila tahu bahawa permikiran dan imaginasi budak tak terbatas kepada sesuatu gambarajah sahaja.
Lukislah apa saje dan suruh anak imitate lukisan korang.
Cantik ke tak cantik tu belakang kira.

Masa ni la korang nak latih anak pegang pen, pensil warna, crayon dan sebagainya.
Kajian mengatakan, anak yang SUKA melukis mempunyai pemikiran yang lebih kreatif.
Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah lebih luas.
Hamboi.

Dia kata anak yang SUKA melukis ye, dia tak kata anak yang PANDAI melukis.
So pandai tak pandai melukis, itu belakang kira.
Yang penting, jadikan aktiviti melukis tu sebagai hobi atau rutin harian.

Permainan Pasir Untuk Anak Anak Berusia 4-6 tahun

Bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun, mereka bersifat lebih kreatif dengan keupayaan semulajadi untuk berimaginasi dan menerokai sesuatu. Jadi, permainan pasir sangat bagus untuk anak anak ini kreatif . Aktiviti permainan pasir ini pernah disiarkan dalam MHI TV3 pada 25 November 2015.  MHI TV3 turut mengupas aktiviti permainan pasir adalah aktiviti yang sangat bagus untuk merangsang minda anak anak.

Aktiviti permainan pasir boleh Meransang motor halus dengan cara anak anak belajar Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir  yang boleh membantu membina otot kasar dan otot halus.

permainanpasir-MHITV3

Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Caranya tidak terhad seperti bermain bola yang hanya menyepak dan baling. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjanaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.

Di sini lah kenapa terapi pasir sangat bagus untuk kanak- kanak  autisme. Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.

 

ghimg

 

Kenapa nak sangat anak anak kecil kita berusia 3 bulan sampai 6 tahun ni sibuk dengan permainan yang edukatif ? sebabnya kita tak nak anak kita asyik mengadap skrin sahaja atau mengadap TV saje atau mengadap smartphone sahaja atau pandai bermain game komputer sahaja…ipad pun tak bagus sangat untuk bayi…jadi, kita banyakkan permainan yang bagus dan berkualiti untuk anak anak supaya anak kita dapat belajar sambil bermain..nanti dah besar besar umur 13 tahun tak boleh main main masa belajar dah..so, masa kecik kecik ni main puas puas ya

Ok dibawah ni ada beberapa artikel bagus untuk ibubapa baca ye

Petikan Rencana dari Kosmo Online

IBU BAPA yang membiarkan anak-anak kecil mereka bermain dengan gajet-gajet terkini seperti iPad sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada tangan dan jari kanak-kanak tersebut.

Penyelidik dari Pusat Pembelajaran dan Terapi Maryland di Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli memberitahu, menggunakan skrin sesentuh secara berlebihan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kesan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Ini kerana apabila mereka menggunakan skrin sesentuh, mereka tidak membina otot yang diperlukan untuk menulis.

“Jika mereka sentiasa bermain dengan iPad dan tidak melakukan aktiviti menulis di atas kertas dan menggunakan pensel, ia boleh menyebabkan otot-otot tangan mereka menjadi lemah.

“Apa yang kita lihat ketika ini, ramai kanak-kanak yang mengalami masalah di beberapa bahagian badan membabitkan pertumbuhan otot-otot mereka,” ujarnya kepada stesen televisyen CBS.

Boleh baca lebih lanjut mengenai bahaya skrin untuk anak anak disini

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Dan ini pula artikel mengenai bahaya permainan gadget untuk anak anak

Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan

kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi,

3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan

6-18 tahun hanya dua jam sehari.

Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet.

Beliau memberikan sebab sebab berikut

1. Perkembangan otak

Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).

2. Perkembangan fizikal terbantut

Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan 2010).

3. Obesiti Epidemik

Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).

4. Kurang tidur

60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).

5. Penyakit mental

Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University 2010, Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011, Robinson 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell 2007).

6. Ketagihan

Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun mengalami ketagih teknologi (Gentile 2009).

dan panjang lagi kesan buruk gadget untuk kanak kanak boleh baca disini

ok, untuk mengelakkan anak anak kita menjadi ketagih gadget banyakkan buat aktiviti bersama anak anak…

so, lepas ni apa lagi jom cari mainan yang edukatif dan membantu merangsang fizikal dan minda anak anak ya…

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/mesramar/public_html/catalog/view/theme/pav_styleshop/template/common/block-cols.tpl on line 10